Home » Archives for 2011
Saturday, 29 October 2011
Thursday, 15 September 2011
Kelly love trish
Tahun ini Daddy lebih banyak menghabiskan masa di rumah .Tiada khabar berita dari kawan-kawan seperti tahun-tahun yang lepas.Tahun lepas Daddy sampai terpaksa membohong kawan untuk mengelak pergi 'open house' anjuran mereka.Namun tahun ini sebaliknya sehingga Daddy terpaksa SMS dan tanya ...
"...hai senyap jer...tak der 'Open House' ke tahun ni..."
Semuanya kata 'NO' tahun ini.Fulus tidak 'masyuk' sangat seperti tahun-tahun lepas.Daddy faham kenapa kerana Selangor sekarang sudah di perintah oleh orang lain maka impaknya sudah mula terasa sekarang. Kawan-kawan Daddy kebanyakkannya berurusan dengan pihak-pihak kerajaan tempatan.Bila orang baru maka segala urusan pun turut ikut baru.
'...I tak kenal U sorry...ok....'
Daddy cuma boleh tersenyum sahaja.Siapa yang terkena maka dia yang terasa.Daddy cuma memberikan mereka sedikit nasihat...
'...waktu senang jangan lupa beringat-ingat..'
Hari ini apa sahaja semua berkemungkinan.Sekejap kita di atas sekejap kita di bawah.Redha dan tawakkal sahaja dan bukan rezeki kita sekarang.Insyaallah ada hikmah di segala kesukaran dan kesulitan di hari ini.Semoga sama-sama kita berdoa yang baik-baik sahaja waktu ini.
Malam tadi keluar pergi makan malam di Old Town.Hairan cuma Daddy sekeluarga sahaja yang ada ketika itu di.Jusco Bkt Tinggi.Mana orang ramai pergi? Mungkin selepas Aidilfitri semua orang merana dalam kesengsaraan rasanya...hehehe!
Ini di Ikea hari minggu lepas ...teringin makan-makan di restorannya.Lama sudah tidak kesana...
Subscribe to:
Posts (Atom)




